Tools ‹ Information Technology — WordPress

Tools ‹ Information Technology — WordPress.

My Slide Show

Gajet

Gajet adalah sesuatu peralatan yang digunakan untuk melakukan dan memudahkan individu melakukan tugas mereka atau melengkapi satu hasrat melakukan sesuatu. Jika gajet itu telefon ia digunakan untuk berhubung atau menghantar SMS atau merakam foto. Manakala jika gajet itu perakam video digital ia akan merakam video dalam bentuk digital dan ia mungkin disimpan dalam ke dalam kad storan atau sekeping DVD.

Ancient Wars

 Sparta: Ancient Wars telah menerima tempias daripada kejayaan filem 300 yang menyedarkan kita tentang kehadiran sekumpulan pahlawan Sparta seramai 300 orang. Malangnya pemain akan mengaitkan permainan ini dengan filem wayang itu walaupun ia tiada kaitan langsung. Ini akan membuatkan para peminat filem itu dan juga pemain akan membandingkan permainan ini dan meletakkan harapan yang tinggi. Hasilnya permainan Sparta: Ancient Wars hanya memberikan permainan strategi masa nyata yang biasa berbanding dengan permainan dalam genre yang sama.Terdapat tiga kempen dalam Sparta: Ancient Wars yang memberikan anda bermain dari sudut Spartans, Egyptians, atau Persians. Pada asasnya, Persians yang agresif dibawah pimpinan Xerxes ingin menakluki dunia tetapi Spartans yang berani akan menghalang mereka. Manakala, Egyptians pula cuba melepaskan diri daripada tekanan Persian. Beberapa watak terkenal dalam sejarah seperti Leonidas, raja Spartan juga akan muncul dalam permainan ini. Setiap kaum mempunyai keunikan sendiri contohnya Persians mempunyai orang yang dikatakan tidak boleh mati dan setiap kaum akan melakukan kerja dalam cara yang berlainan. Contohnya Spartans melombong emas tetapi Egyptians akan memilihnya.Jika anda pernah bermain permainan strategi, anda pasti akan merasa mudah dengan Sparta. Anda memerlukan pekerja untuk mengutip tiga sumber asas iaitu makanan, kayu api dan emas, yang digunakan untuk sebarang benda daripada pembinaan bangunan hinggalah sumber teknologi. Sumber paling terhad adalah emas dan ia merupakan sumber paling berharga dan anda boleh menuainya pada kadar tertentu sahaja tanpa mengira jumlah pekerja yang anda ada. Anda perlukan masa yang mencukupi untuk mengumpul emas dan melakukan penyelidikan teknologi yang anda perlukan untuk membina struktur bangunan. Untuk itu anda perlu membina dinding dan perangkap untuk melengahkan musuh yang sering tahu apa yang anda buat dan dapat memusnahkan segala perangkap dengan senjata jarak jauh.Permainan Sparta: Ancient Wars cuba memperkenalkan jalan cerita baru dalam permainan RTS yang biasa ini. Peperangan kapal laut dalam permainan ini adalah lebih menarik berbanding dengan permainan strategi yang lain kerana anda boleh menentukan jenis anak kapal yang seterusnya akan memberi kesan kepada keupayaan kapal itu dalam peperangan. Contohnya anda boleh mengarahkan anak kapal menaiki kapal musuh dan tentera yang mengendali kapal itu akan cuba mengawal kapal musuh. Cara lain adalah untuk anda membina unit-unit tertentu untuk membina berek kapal, sebagai anak pemanah dan untuk membina senjata yang diperlukan. Anda perlukan senjata primer dan sekunder untuk unit-unit tertentu, di mana anda perlu ingat lebih berkuasa senjata atau pelindung itu lebih mahal untuk dibina. Dengan itu anda boleh mengumpulkan banyak sumber, membina banyak lot bangunan dan menyerang musuh dengan angkatan yang besar jika anda berjaya melakukan tugas anda dengan baik.Positif : Grafik.
Negatif : RTS yang biasa. Tahap kepayahan tidak menentu. Audio dan suara sederhana

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.